Huffaz melaka kini telah menubuhkan persatuan huffaz. Hayya bina nu'minu wana'malu bilQura'an ,hayya bilQur'an.....hayya biljihad.....
Kelebihan Al-Quran
Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya,antaranya seperti berikut:
Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya,antaranya seperti berikut:
1) Al-Quran sebagai pensyafaat dan penghujah. Sabda Raslullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam"Al-Quran adalah pemberi syafaat (Yang Mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (Yang Mana) hujahnya disokong.Barangsiapa meletakkan Al-Quran dihadapannya maka Al-Quran akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya,maka Al-Quran akan mencampakkannya ke Neraka (Riwayat Ibnu Hibban).
2) Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah.Sabda Rasulullah S.A.W :"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah (Menghampiri Diri KepadaNya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadaNya yakni Al-Quran"(Riwayat Al-Hakim).
3) Al-Quran sebagai cahaya kehidupan dan bekalan akhirat."Abu Dzar berkata bahawa beliau telah meminta rasulullah S.A.W memberikannya satu pesanan (Yang Berpanjangan)Rasulullah S.A.W bersabda :"Semaikanlah rasa takut kepada Allah S.W.T sesungguhya takut kepada Allah itu kepala(Sumber) bagi segala amalan kebaikan." Abu Dzar meminta supaya Rasulullah S.A.W menambah llagi. Sabda Rasulullah S.A.W "hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di Bumi(Dunia) dan bekalan untukmu dilangit(Akhirat)(Riwayat Ibnu Hibban).
4) Al-Quran sebagai kemegahan bagi umat Islam.Sabda Rasulullah S.A.W :"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku iaitu Al-Quran"(Riwayat Abu Na'im)
No comments:
Post a Comment