tajuk

Thursday, August 5, 2010

Ramadan oh ramadan


"Wahai mereka yang telah melakukan dosa pada bulan rejab,sehingga meneruskan dosa pada bulan syaaban,telah datang bulan ramadan al-mubarak".
"Allah memberi peluang untuk saya,kamu, kita,mereka dan sesiapa sahaja memohon keampunan dengan memperbanyakkan ibadah pada-Nya"

"Jangan sia-siakan kedatangan ramadan,sambutlah dengan penuh keimanan dan kesabaran".

"Jadikan bulan ramadan pada kali ini sebagai perhitungan terakhir sebelum kita di tempatkan di liang lahad,sebelum mungkar nakir menyoal di dalam kubur,sebelum kita tidur tanpa teman melainkan amal yang dibawa".

"Sedarlah wahai yang bernama manusia bahawa hakikat kehidupan manusia kebanyakkannya adalah tidur [leka,lalai] dan akan tersedar apabila dikejutkan oleh malaikat,maka ketika itu sedarlah kita telahpun tiada lagi di dunia fana ini.........."Ampunkan dosa-dosa kami,anak-anak kami,isteri-isteri kami dan kedua ibubapa kami Ya Allah! amiiin........Ya Rabbal a'lamin....

No comments:

Post a Comment