tajuk

Saturday, November 26, 2011

Akhir vs Awal

Setiap kali menjelangnya bulan Muharam,barulah kita sedar bahawa telah masuk tahun baru Islam.Kita akan berazam untuk membuat perubahan,anjakan dan tranformasi.Tetapi azam kita hanya akan tinggal azam jika sekiranya kita masih meneruskan sikap,pemikiran dan kerja kita ditahap yang sama dengan yang sebelumnya.Cuba kita perhatikan betapa kita akan bersiap sedia pada akhir zulhijjah pergi ke masjid dan surau untuk berdoa akhir tahun sebelum dan awal tahun selepas maghrib.Itupun sudah ada azam untuk berubah.Sayang seribu kali sayang itulah sahaja harinya kita datang ke masjid atau surau,esoknya masjid dan surau akan jadi seperti kebiasaannya.Hanya orang biasa dan muka-muka yang boleh kita ingat dan kira jumlah penghuni rumah Allah.Sebab itulah kalau datang hanya sekali-sekala dan inginkan perubahan dalam diri kita,hanya Allah sahaja yang dapat memberi hidayah.Sedangkan kuasa untuk berubah itu datangnya dari kita sendiri kerana Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah diri mereka sendiri.Akhir kata marilah sama-sama kita azam a-alim z-zuhud a-adil m-muhasabah diri kita dengan membuat pelan jangka pendek dan panjang jika kita benar-benar inginkan perubahan.

No comments:

Post a Comment