tajuk

Wednesday, February 22, 2012

Islam perlu dilihat daripada 360 darjah

Saudara-saudara sekalian.Ana akhukum Fillah.

Perpecahan dikalangan umat Islam telah berlaku sejak sekian lama dan berlarutan sehingga hari ini.Tidak habis satu perkara ditambahi satu perkara sehinggakan perkara khilafiah yang sepatutnya boleh diselesaikan dan tidak perlu diberat-beratkan.Ikutlah jalan penyelesaiannya yang telah ditunjukkan oleh Pewaris para Nabi berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
Saudaraku sekalian,Nabi SAW telah lama meninggalkan kita dengan penuh ingatan dan kasih sayang.Andai kata Baginda SAW masih ada bersama dengan kita,sudah tentu tidak berlaku perpecahan dikalangan umat Islam dan sudah tentu juga Baginda SAW tidak mengingininya.Satu kisah yang boleh kita kongsi iaitu sekumpulan orang buta yang datang untuk melihat seekor gajah.Apabila memegang kaki gajah,maka dikatakan gajah itu seperti kayu.Apabila memegang gajah dibahagian telingnya maka dikatakan gajah itu seperti kipas dan apabila dipegang ekornya maka dikatakan gajah itu seperti tali.Kemudian datang seorang lelaki yang celik mendengar perbalahan dikalangan orang buta tentang keadaan seekor gajah.Lalu lelaki celik tadi mengatakan benar wahai saudaraku kerana semuanya itu ada pada gajah.Begitu juga apa yang kamu tidak sebut juga ada pada seekor gajah.
Sebab itu wahai saudaraku, punca perpecahan umat Islam adalah kerana mereka tidak ada kefahaman yang sebenar tentang Islam dan daripada mana puncanya ?Sudah tentu kejahilan yang bermaharajalela dikalangan umat Islam jawapannya.Justeru itu marilah sama-sama kita berusaha meningkat kefahaman dan thaqafah kita mengenai Islam agar kehidupan dan kematian kita kelak berada pada landasan aqidah yang benar,ibadah yang sah dan amalan yang tidak ditolak oleh Allah SWT ....Allahumma Aamin!

No comments:

Post a Comment