tajuk

Wednesday, January 18, 2012

Dunia oh dunia !

Dunia merupakan tempat tinggal untuk sementara waktu.Kehidupan manusia di dunia diumpama seorang pengembara.Seorang pengembara perlu membawa bekalan untuk bermusafir.Ada yang membawa bekalan sedikit dan banyak dalam permusafirannya.Ada yang tiada bekalan dan cukup bekalannya.Tetapi hakikatnya ramai manusia yang terpedaya dengan kehidupannya di dunia sehingga sanggup membelakangkan perintah Allah dan Rasul s.a.w.
Akal...Walaupun dianugerahkan oleh Allah kepada manusia tetapi ramai yang tidak memanfaatkannya.Bahkan ramai pula yang menyalahi kegunaannya.Tujuan Allah anugerahkkan akal supaya manusia menjadi mulia.Tapi sayang,manusia meletakkan darjatnya sama dengan haiwan bahkan ada yang lebih dahsyat daripada itu iaitu sesat.Semuanya kerana tidak menggunakan akal,mata,telinga dan hati untuk mengenali Allah dan RasulNya.Maka ramai manusia yang tergamak melupakan akhirat yang nikmatnya lebih kekal dan abadi.
Itulah manusia rakus dan sesat yang bertuhankan hawa nafsunya.Akhirnya mereka keliru dan tidak tahu memilih antara kebaikan dan kejahatan serta buta tentang dosa dan paahala,walhua'lam,

No comments:

Post a Comment