tajuk

Wednesday, January 11, 2012

Maksud/istilah dalam Pendidikan Islam

Ahli Sunnah Wal Jemaah:
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al Quran, Sunnah Rasulullah SAW. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara bida'ah.

Ahlul Bait:
Kaum keluarga Rasulullah SAW.

Ajaran Sesat:
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Ajnabi:
Lelaki atau perempuan yang halal dikahwini dan batal wuduk jika tersentuh.

Akta:
Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Al -Quran:
Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril.

Al Wazir:
Perdana menteri atau ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan- jabatan kerajaan.

Alam sekitar:
Alam kejadian Allah yang terdapat banyak manfaat di dalamnya seperti sumber makanan,untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah.

Al-A'rif:
Koperal.

Al-Bahriyah:
Bahagian Tentera Laut.

Amir:
Laksamana.

Al-Qaidu
Panglima Perang.

Al-Butani:
Tokoh Ilmu Falak (i) Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari (ii) Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang.

Al-Dawawin:
Jabatan-jabatan kerajaan.

Al-Jawasis/Al-Auyun:
Bahagian Perisikan.

Al-Khalifah:
Ketua Negara atau pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam.

Al-Kharaj:
Cukai tanah milik orang bukan Islam.

Al-Masahun:
Bahagian Peninjau.

Al-Murtaziqah:
Pasukan Bergaji Tetap.

Al-Mutatawwi':
Pasukan Sukarelawan.

Al-Naqib:
Kapten.

Amar ma'ruf:
Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan.

Anak angkat:
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.

Asmaul Husna:
Nama-nama Allah yang indah (99 nama).

As-Salafus Soleh:
Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat tabi'en dan atba al-tabi'en.

Aurat:
Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup.

Azali:
Sejak dahulu kala/sejak permulaan zaman.

Baitul Hikmah:
Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah dibina oleh khalifah Harun Al-Ras yid.

Baitul Mal:
Institusi Kewangan terbesar Negara.
:
Daerah al-Muhandisun
Bahagian Kejuruteraan.

Dakwah:
Menyeru seseorang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Diwan al-Aradh:
Depot Simpanan.

Diwan al-Azimah:
Jabatan Audit Negara.

Diwan al-Barid:
Jabatan Pos.

Diwan al-Jund:
Kementerian Pertahanan.

Diwan al-Kharaj:
Jabatan Hasil.

Diwan al-Mazalim:
Mahkamah Tinggi Rayuan.

Diwan al-Nafaqah:
Jabatan Kewangan.

Diwan al-Tasnif:
Bahagian Sumber Manusia.

Diwan al-Usul:
Jabatan Dalam Negeri.

Diwan al-Zimam:
Jabatan Audit dan Kawalan.

Dosa:
Balasan buruk bagi orang yang melakukan kejahatan/ melanggar perintah Allah.

Enakmen:
Rang Undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka.

Fardu Ain:
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat seperti solat, puasa dan membaca Al Quran.

Fardu Kifayah:
Ilmu yang wajib dipelajari ole umat Islam dan kewajipan tersebut gugur apabila sebahagian yang lain melakukannya.

Fasakh:
Bahasa : Batal.
Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah/disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumah tangga.

Fasik:
Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.

Hadhanah:
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Hadiah:
Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda kasih sayang atau pujian.

Hassan bin Haitham:
Tokoh Ilmu Fizik (i) Menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina.

As-Syarif Al-Idrisi:
Tokoh Geografi (i) Menghasilkan peta dalam bentuk glob yang pertama.

Hidayah:
Petunjuk Allah.

Ibnu Sina:
Tokoh Perubatan (i) Menghasilkan 116 buah buku perubatan (ii) Karya terkenal "Qanun Fit Tibb".

Iddah:
Bahasa : Tempoh,pengiraan.
Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

Ijab:

Lafaz yang diucapkan oleh Wali.
Ilmu berteraskan Akal:
Ilmu Matematik, Falak,Kimia,Fizik,Geografi dan Perubatan.

Ilmu berteraskan wahyu:
Ilmu Tafsir,Qiraat,Hadith,Feqah dan Tauhid.

Iman:
Bahasa : Mengiktiraf , mengaku dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan dari segi
Istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

Infak:
Membelanjakan harta pada jalan Allah.

Islam:
Sejahtera dan damai.

Nikah:
Bahasa :Cantum@himpun
Istilah :
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

Istiqamah:
Berterusan dalam melakukan perkara kebaikan.

Jabir bin Hayyan:
Tokoh Ilmu Kimia (i) Orang pertama menemui Asid Sulfurik (ii) Menghasilkan 8 buah karya tentang Kimia.

Jihad:
Bahasa : Usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan
Istilah : Usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah.

Kafir:
Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis.

Kemanisan Iman:
Berasa gembira dalam melakukan ibadat ,sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan Rasulnya lebih daripada harta benda dunia.

Khawarij:
Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.

Khuluk:
Bahasa : Mencabut/menanggalkan.
Istilah : Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu.

Lafaz Kinayah:
Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan.

Lian:
Bahasa : Laknat.
Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab.

Madrasah al-Nizamiah
Pusat pengajian yang terkenal pada zaman Abbasiyah dibina oleh salah seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu Nizam al-Mulk [ 485H/1092M ].

Mahar Misil:
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.

Mahar Musamma:
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Mahar:
Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.

Mahkamah Syariah:
Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri.

Mahram:
Lelaki atau perempuan yang mempunyai ikatan keturunan atau susuan.

Majlis al-Muqabalah:
Bahagian Latihan.

Majlis al-Taqrir:
Bahagian Kewangan.

Majlis Tahkim:
Majlis perjanjian antara Muawiyah dan Sayidina Ali selepas Perang Siffin.

Maksum:
Terhindar dari melakukan dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan terhindar daripada menghidap penyakit yang mengaibkan.

Terpelihara daripada dosa.

Mansuh:
Dibatalkan.

Meminang:
Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

Merisik:
Langkah awal proses memilih calon yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.

Mukjizat:
Perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada para Rasul dan tidak boleh dipelajari.

Mukmin:
Orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah.

Mulhid:
Orang yang tidak beragama [Atheis].

Munafik:
(i) Orang yang melahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati.
(ii) Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran dalam hati.

Murtad:
Orang yang keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.

Musafir:
Mereka yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah atau 90 km dengan tujuan baik.

Musaharah:
Pertalian keluarga disebabkan perkahwinan.

Musyrik:
Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat,sifat dan perbuatan.

Musyrikin:
Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan.

Nafkah Batin:
Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak

Nafkah Zahir:
Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.

Nahi Mungkar:
Mencegah/ menghalang perkara-perkara yang ditegah syarak

Nawafil:
Amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan puasa dalam bulan Syawal.

Negara:
Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Nusyuz
Bahasa : Derhaka/Ingkar.
Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Ordinan:
Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri .
Pahala
Ganjaran baik bagi orang yang melakukan kebaikan/taat kepada perintah Allah.

Perkahwinan:
Bahasa : Cantum atau himpun

Pemimpin:
Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah kerajaan.

Pencemaran bunyi:
Bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.

Perkahwinan Mut'ah:
Nikah sementara waktu atau nikah kontrak.

Poligami
Bahasa : Banyak isteri.
Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada satu masa.

Qabul:
Lafaz jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.

Qada':
Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.

Qadar:
Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk.

Qanaah:
Redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit.

Qat'i:
Perkara yang diasaskan hukumnya kepada dalil dan hujahnya tidak boleh diangkakan.

Qazaf:
Menuduh perempuan baik melakukan zina.

Qiamullail:
Bangun malam kerana melakukan ibadat.
Riak
Menunjuk-nunjuk.

Rujuk
Bahasa : Kembali.
Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya.
Rukhsah:
Hukum-hukum yang disyariatkan bagi meringankan mukalaf dalam keadaan-keadaan tertentu.

Sedekah:
Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sekufu:
Setaraf dari segi keturunan,pendidikan,pekerjaan dan lain-lain.
Sohibu baitul Mal:.
Pengurus Perbendaharaan Negara.

Sorih:
Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang.

Sujud Sahwi:
Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat sebelum memberi salam kerana menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat Ab'ad secara sengaja atau tidak sengaja.

Sujud Syukur:
Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat atau terlepas daripada bala.

Sujud Tilawah : Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat setelah membaca atau mendengar ayat sejadah.

Suk Baghdad:
Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi.

Suk Baqar:
Ladang-ladang pertanian dan penternakan.

Syiah Batiniah:
Pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka.

Syiah Imamiah:
Berpendapat jawatan pemimpin umat Islam [ Imam ] hanya layak disandang oleh Ahlul Bait.

Syiah Isna Asyariyah:
Syiah 12 [ gelaran bagi Syiah Imamiah ]

Syiah Zaidiah:
Sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit kepada Ali in Abi Talib Karramallahu Wajhah.

Syiah:
Golongan yang mendukung cita-cita untuk menjadikan Sayidina Ali Karramal Allahu Wajhah sebagai khalifah Rasulullah.

Takbur:
Sombong/bongkak.

Talak Bain Kubra:
Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

Talak Bain Sugra:
Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

Talak Bid'i:
Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikan talak 3 sekali gus.

Talak Raj'ie:
Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya.

Talak Sunni:
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.

Talak Ta'lik:
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

Talak:
Bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan.
Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya.

Taqiah:
Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.

Taqqarub:
Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat.

Taqwa:
Melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangan Nya dengan taat.

Tawakkal:
Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Wali al-Ahd:
Putera Mahkota.

Wali Allah:
Istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Nya secara zahir dan batin.

Wali Bukan Mujbir:
Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.

Wali Mujbir:
Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Wali:
(i) Bantuan atau perlindungan daripada Allah
(ii) Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.

Walimatulurus:
Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

Zihar:
Bahasa : Belakang.
Istilah : Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan muhram baginya.

Zikrullah:
Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

3 comments: