tajuk

Thursday, January 5, 2012

Iman Mutiara Hidup

Maksud iman menurut bahasa:Mengakui,mengikrar dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan.(3M)
Menurut istilah membenarkan dengan hati,mengikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.(HLA)

Ciri-ciri orang yang bertambah iman:
1.Banyak melukan ibadat sunat seperti qiamullail,baca al-Quran dll.
2.Sentiasa berzikir,bertahmid,tasbih,berdoa.
3.Muhasabah diri.
4.Selalu berfikir tentang kebesaran Allah.
5.Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya.
6.Istiqamah membaca al-Quran.
7.Mengenali Allah.

Apakah maksud Kemanisan Iman?
Berasa gembira dalam melaksanakan ibadah,sanggup menanggung kesusahan demi mendapat keredaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya lebih dari harta benda dunia.

Bilakah seseorang mukmin dapat merasakan kemanisan iman?
1.Apabila cintanya terhadap Allah dan rasul melebihi dari segala-galanya.
2.Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
3.Benci kepada kekufuran sebagaimana ia benci jika dihumbankan ke dalam neraka.

No comments:

Post a Comment