tajuk

Tuesday, November 3, 2009

Sumber-Sumber Ilmu

1. Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia.
2. Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.
3. Akal
Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.
4. Intuisi atau Ilham.
Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah

Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah. Ilmu yang dititikberatkan di dalam Islam iatu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna. Di samping itu setiap manusia perlu mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khlifah kerana dengan ilmu manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut :
a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya.
b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak diri, agama, maruah, akal dan harta.
c) Tanggunjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara.
d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan sebagainya.

Hubungan Ilmu, Iman dan Amal

Ilmu merupakan hak dan milik Allah s.w.t yang dikurniakan sebahagian sahaja dari ilmuNya kepada manusia bagi membolehkannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang dapat membawa manusia untuk mengenali khaliqNya.
MakrifatuLlah ialah sumber bagi segala ilmu dan pengetahuan yang dipunyai oleh manusia demi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t ( Taqarrub Illahiah) untuk membolehkan manusia mencapai kesempurnaan tujuan kewujudannya iaitu untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah, meningkatkan ketaqwaan dan mengukuhkan keimanan manusia terhadap Allah s.w.t memperbanyakkan ibadat dan mempertingkatkan amalan soleh.
Ilmu, Iman dan amal mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sebagaimana yang telah diketahui ilmu adalah teras agama Islam yang menduduki tempat yang tertinggi. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang dapat mengenali dan mendekatkan manusia kepada Allah. Ilmu yang dapat menunjukkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Akhirnya dengan ilmu tersebut dapat melahirkan keimanan terhadap Allah s.w.t sebgaimana yang akan kita bincangkan dalam bab 2 nanti. Apabila wujud dan meningkatnya keimanan terhadap Allah kerana ilmu tadi, maka lahirlah rasa ketaatan yang mana naluri keimanannya sentiasa ingin melaksankan segala perintah yang diturnkan oleh Allah yang berupa segala perbuatan yang melibarkan ibadat serta amalan-amalan soleh.
Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu. berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muaz menyatakan " ilmu adalah merupakan iman manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)". Di sinilah hubungan dan peranan antara ilmu, iman dan amal yang mana dapat disimpulkan bahawa " Amal tidak akan lahir tanpanya, Iman terhadap allah dan Iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang dapat mendekatkan diri seseorang hambanya kepada Allah s.w.t".

No comments:

Post a Comment