Saudara-saudari para huffaz negeri Melaka,Persatuan Huffaz Melaka telah didaftarkan secara sah disisi undang-undang.Namun sebarang mesyuarat masih belum diputuskan bilakah masanya yang sesuai untuk diadakan Mesyuarat Agung dan menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan.
Amat malang sekali ramai ahli -ahli yang menyepikan diri untuk melibatkan diri dengan persatuan ini.Disini nak tekankan dan tegaskan segala pengorbanan dan usaha yang kita lakukan adalah untuk al-Quran.Maka dengan sebab itu kita wajib memberikan kerjasama demi dan untuk al-Quran.Satu perkara yang kita kena ingat bahawa kalau kita begitu bersusah payah menghafaz al-Quran kenapa kita tak usahakan dan memberi kerjasama melibatkan diri dengan persatuan Huffaz.Sekurang-kurang dan selemah-lemahnya dengan penglibatan kita dikira sebagai usaha mencintai al-Quran.Sungguh kasihan semangat sahabat-sahabat yang begitu beriya-iya menubuhkan persatuan tetapi kita tidak support mereka.Diharapkan mereka tidak berputus asa dan Persatuan Huffaz tidak hanya tinggal nama sahaja.
No comments:
Post a Comment